Tuesday, December 22, 2015

Drama Cinta Si Wedding Planner, TV3 (2016)

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli s... thumbnail 1 summary

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner

Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri.

Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan.

Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita.

Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya. Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak.

Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara .

Mengetahui Zara cuba bangkit dari luluh kecewa cinta terhalangnya dan demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu Bazli, Fariz nekad menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan dalam sebuah ikatan perkahwinan.

Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz.

Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz. Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.

Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka. Fariz yang baran, moody dan beku berubah menjadi romantik dan penyayang. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta.

Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz.

Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran.

Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.

Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi Shirah makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi taruhan. Apakah tindakan Fariz? Adakah bahagia menjadi milik Zara?

Terbitan: Primeworks Studios Sdn Bhd

Pelakon: Mira Filzah, Adi Putra, Shima Anuar

Tonton Drama Cinta Si Wedding Planner, TV3 (2016) Online

Tuesday, December 8, 2015

Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku (TV3)

Sinopsis Cik Cinderella dan Encik Tengku Mengisahkan Puteri Nuraisha (Zahirah Macwilson) yang hidup dengan seorang ibu tiri dan kakak tir... thumbnail 1 summary

Sinopsis Cik Cinderella dan Encik Tengku

Mengisahkan Puteri Nuraisha (Zahirah Macwilson) yang hidup dengan seorang ibu tiri dan kakak tiri. Ayahnya, Megat, sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha (Puteri Aishah).

Puteri mempunyai seorang tunang bernama Ashraf (Shah Iskandar), dimana pertunangan mereka adalah disebabkan amanat arwah ibu Puteri yang mahu dia dan Ashraf disatukan.

Ashraf bagi Puteri adalah seorang lelaki yang sering ingin menumpang kesenangan kerana dia sudah terbiasa dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri.

Perkenalan Puteri dengan Daniel (Shukri Yahaya), seorang peguam muda yang romantis, lucu dan baik hati di tempat kerja sedikit demi telah membuatkan Puteri jatuh cinta terhadap Daniel. Bagi Puteri, Daniel sangat menyenangkan tetapi dalam masa yang sama Puteri dihimpit rasa bersalah kerana dia terikat dengan amanat arwah ibunya itu.

Tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya, rupa-rupanya sudah lama menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf tanpa diketahui oleh sesiapa. Sehinggalah pada suatu hari, satu kejadian yang memalukan telah mengucar-kacirkan persiapan perkahwinan Puteri dan Ashraf yang telah dirancang rapi oleh ibu tirinya.

Adakah Puteri akan meneruskan perkahwinananya bersama Ashraf dan melupakan impian untuk membina mahligai bersama jejaka pujaannya, Daniel?

Monday, December 7, 2015

Drama Tersuka Tanpa Sengaja

Sinopsis Tersuka Tanpa Sengaja Kerana perselisihan pendapat dan merasakan dirinya disisihkan si ayah, Farhah meninggalkan rumah dan kekay... thumbnail 1 summary

Sinopsis Tersuka Tanpa Sengaja

Kerana perselisihan pendapat dan merasakan dirinya disisihkan si ayah, Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari atas kaki sendiri. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Katrina tetapi si ibu tiri sentiasa mengambil tahu akan dirinya.

Lebih menyakitkan hati apabila si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga ibu tirinya yang sedang sakit. Penolakan Farhah membuatkan si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Katrina tetapi dipandang sepi Katrina.

Pertemuan pertama dengan Syed Arif bukanlah sebaik mana kerana mereka berselisih pendapat mengenai orang kaya dan orang biasa. Perbezaan pendapat antara mereka menarik perhatian Arif, Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan si ibu.

Asalnya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai sesama sendiri tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yang mencintainya dalam diam, Hakim. Kerana marah, ayahnya menolak menjadi walinya dan Farhah berkahwin dengan Arif tidak berwalikan ayahnya. Kedua mereka memberi peluang untuk belajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing.

Dugaan melanda, Arif calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Katrina kepada Arif. Namun hati Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oleh Katrina. Arif memberitahu Datuk Ahmad Alias bahawa dia telah berkahwin dan Katrina tidak dapat menerima.

Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Katrina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar.

Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Ahmad Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed (Arif) menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Katrina cuba untuk membunuh diri tetapi Armand (kawan Ariff) menegur kesalahannya. Akhirnya Katrina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand. Akhirnya mereka semua hidup berbahagia.

Thursday, December 3, 2015

Telefilem Mama Zoomba (Astro)

Saksikan telefilem 'Mama Zoomba' ditayangkan pada hari Sabtu ini jam 9.00 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD. Dibintangi oleh Kil... thumbnail 1 summary

Saksikan telefilem 'Mama Zoomba' ditayangkan pada hari Sabtu ini jam 9.00 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD. Dibintangi oleh Kilafairy, Liyana Jasmay, Fizz Fairuz, Nadiah M.Din, dan ramai lagi.

JUDUL: Mama Zoomba
TARIKH / MASA: 5 Disember 2015 (Sabtu, 9.00 malam)
SIARAN: Astro Ria & Ria HD
PENGARAH: Nizam Zakaria
TERBITAN: Mermaid Studios
PELAKON: Kilafairy, Liyana Jasmay, Fizz Fairuz, Nadiah M.Din, Thumb Suhaimi, Eusoff Hashim, Khaty Azian

Sinopsis Mama Zoomba

Mengisahkan seorang isteri yang menyertai zumba kerana merasa tercabar apabila suaminya seakan tertarik kembali dengan bekas teman wanitanya yang bertubuh mantap.

Stay tune, kami akan update video telefilem Mama Zoomba disini.

Wednesday, December 2, 2015

Drama Aku Pilih Kamu (TV3)

Drama terbaru arahan Zul Huzaimy Marzuki berjudul 'Aku Pilih Kamu' akan menghiasi slot Samarinda TV3 menggantikan drama Dhia Sofea... thumbnail 1 summary
Drama terbaru arahan Zul Huzaimy Marzuki berjudul 'Aku Pilih Kamu' akan menghiasi slot Samarinda TV3 menggantikan drama Dhia Sofea. Hafidz Roshdi dan Dayana Roza digandingkan sebagai pelakon utama. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini seperti Fazren Rafi, Ryzal Jaafar, Elizad Sharifuddin, Zila Bakarin dan Arash Mohamad. Saksikan drama bersiri 'Aku Pilih Kamu' bermula pada 3 Disember ini, pada setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 10.00 malam di TV3. Tajuk sebelum ini ialah Demi Allah, Aku Pilih Kamu'.

Drama 'Aku Pilih Kamu' akan bersiaran pada Rabu dan Khamis jam 10.00 malam mulai 3 Disember 2015. Drama 'Aku Pilih Kamu' ini akan bersiaran di Slot Samarinda TV3. Skrip drama 'Aku Pilih Kamu' ini ditulis oleh Rozie Rashid & Amka Ahmad manakala pengarah pula ialah Zul Huzaimy Marzuki. Drama Aku Pilih Kamu ini terbitan Primeworks Studio Sdn. Bhd. Para pelakon drama 'Aku Pilih Kamu' adalah terdiri daripada Dayana Roza, Hafidz Roshdi, Fazren Rafi, Arash Mohd, Zila Bakarin, Siti Elizad Sharifuddin, Ryzal Jaafar, Sasqia Dahuri, Nana Lisa, Ikhlas Jalil, Zalfa Zin

Sinopsis Aku Pilih Kami, Samarinda TV3

Hidup Qasya Azara berubah dalam sekelip mata selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Ayahnya, Zainal seorang pengusaha eksport import jarang berada di rumah kerana urusan perniagaan di luar negara. Qasya yang baru berumur 12 tahun terpaksa berpisah dengan kakaknya kerana Zainal tidak mampu menjaga kedua-duanya. Kakak Qasya telah dihantar ke kampung untuk dijaga oleh nenek mereka.

Selepas Zainal berkahwin semula, Qasya tinggal bersama ibu tiri dan adik tirinya yang selalu menderanya sehingga dia dihalau dari rumah oleh ibu tirinya. Qasya membuat keputusan untuk tidak balik ke rumahnya lagi.

Dia kemudian dijadikan anak angkat oleh Dato’ Mizal dan Datin Rosnaida. Walaupun dikasihi oleh Dato’ Mizal serta anak pertama mereka Adam, Qasya membesar dengan penuh kebencian daripada ibu angkatnya serta dua lagi abang angkatnya iaitu Farouk dan Rizman. Penghinaan, cercaan dan kekasaran daripada Datin Rosnaida, Farouk dan Rizman terhadap Qasya hampir berlaku setiap hari.

Namun kesakitan yang dirasai terubat dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Adam dan ayah angkatnya, yang mana perkara itu tidak ada di rumah ayah kandungnya. Layanan-layanan itu dihadapi oleh Qasya sehinggalah mereka meningkat dewasa.

Dato’ Mizal mengarahkan Qasya dan Rizman menikah dengan alasan supaya Qasya mampu merubah Rizman. Dengan modal harta dan jaminan untuk melepaskan Rizman yang ditangkap kerana dadah, keputusan Dato’ Mizal dituruti oleh ahli keluarganya. Dalam hati Qasya tetap berkata, itu jodohnya, dengan nama Allah dia berjanji suami yang membencinya itu akan tetap menjadi pilihannya.

Perkahwinan itu membuatkan hati Adam terluka. Adam yang sememangnya memasang niat ingin bernikah dengan Qasya sangat kecewa dan membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan merantau mencari kekuatan diri. Rizman tetap tidak dapat menerima Qasya kerana firasatnya Qasya bernikah dengan Rizman supaya dengan mudah dapat menguasai harta Dato’ Mizal.

Perkenalan keluarga Dato’ Mizal dan Tan Sri Zainal membawa kepada pernikahan Farouk dengan Nadiya. Sejak itu, Isabel, anak tiri kepada Tan Sri Zainal mula rapat dengan Datin Rosnaida. Datin Rosnaida sangat sukakan Isabel berbanding Nadiya kerana Isabel mempunyai perangai yang mirip dengannya yang moden dan gilakan wang. Datin Rosnaida yang sememangnya membencikan Qasya mencari jalan untuk memutuskan hubungan Qasya dan Rizman. Dia telah berpakat dengan Isabel untuk memerangkap Rizman.

Qasya sedih melihat pernikahan suaminya dengan wanita lain. Hidup bermadu sangat menyakitkannya, diseksa perasaannya saban hari oleh Rizman dan Isabel. Sebenarnya Qasya maklum yang Tan Sri Zainal ialah ayah kandungnya, tetapi dia mendiamkan perkara itu kerana Tan Sri Zainal tidak pernah mencarinya.

Qasya terima sahaja setiap perlakuan Isabel dan Nadiya walaupun sentiasa menyakitinya kerana dia tahu mereka berdua ialah saudara kandung dan saudara tirinya. Dia tabah menghadapi semua dugaan demi janjinya dengan nama Allah supaya Rizman menjadi suami mithali tercapai. Demi Allah, Rizmanlah pilihan pertama hatinya. Bagaimanakah Qasya mengatasi rintangan dan cabaran yang hadir dalam hidupnya? Lagu tema atau OST bagi drama 'Aku Pilih Kamu' adalah nyanyian Ippo Hafuz berjudul Kasih Dalam Hati